malam ini, malam pertama "tarawih" di Surau Asy-Syakirin, kat kawasan Taman Tenaga, Kajang, Selangor. Surau itu tak jauh sgt dr tempat tinggal (rumah) kami. D Surau mmg nampak ramai drpd jamaah salat, ada jamaah drpd negara2 Timur Tengah, Afrika, India, Thailand, dan sebagainya, yg umumnya mrk adalah pelajar luar negara. Sewaktu hendak salat Isya, hampir shj sy tak dpt lg tempat (shaf) salat sewaktu akan melakukan salat isya,,,, (hehe,, sebab sy terlambat pergi k Surau, coz ada hal sikit d rmh yg mesti sy tengok2 lbh dahulu jer).
Selepas dr Surau, sy balik k rmh dan mnyempatkan sikit masa tuk tengok2 blog ini,,, tp tak tahu macam mana nak mahu "isi" di dalammnya. Mlm ini pn takde ide sikit pn, jd nak cari2 shj bbrp blog tetangga, yg mgkn bermanfaat utk kita renungi. Bbrp catatan2 puasa itu (hehe, dr blog jiran jer)yg nak posting itu, adalah:
PERTAMA
Elakkan diri daripada segala perbuatan perosak pahala puasa, menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela dan memfitnah. Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dari Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu Junnah (perisai) selama ia tidak dirosakkan dengan dusta dan umpat."
KEDUA
Kurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Kesannya: kegagalan fungsi puasa sebagai pemotong hawa nafsu atau mematahkan syahwat yang berlebihan.
KETIGA
Kurangkan tidur terutama di siang hari. Kebanyakan antara kita mencari-cari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya. Sepatutnya, keletihan dan kesusahan yang harus kita harungi dan kita hayati.
KEEMPAT
Menahan hati daripada memikirkan keinginan-keinginan yang remeh dan urusan-urusan yang tidak baik. Kita juga kerap memikirkan persediaan-persediaan menyambut hari raya yang kadangkala lebih banyak diselaputi kemewahan. Sepatutnya puasa mendorong kita menghindari sikap itu.
KELIMA
Sentiasa memikirkan azab akhirat dan memikirkan seksa neraka. Hendaklah kelaparan dan kehausan itu mengingatkan kita tentang kelaparan ahlul mahsyar pada hari akhirat yang sangat dahsyat.
KEENAM
Mencambahkan rasa berharap kepada keampunan dan kasih sayang Allah Taala. Kita tidak mengetahui, apakah puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Puasa tanpa adab samalah ertinya kita makan tanpa zat dan khasiat.
Semoga bermanfaat. Salam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment