Sunday, August 31, 2008

Catatan Kecil Puasa Ramadhan

malam ini, malam pertama "tarawih" di Surau Asy-Syakirin, kat kawasan Taman Tenaga, Kajang, Selangor. Surau itu tak jauh sgt dr tempat tinggal (rumah) kami. D Surau mmg nampak ramai drpd jamaah salat, ada jamaah drpd negara2 Timur Tengah, Afrika, India, Thailand, dan sebagainya, yg umumnya mrk adalah pelajar luar negara. Sewaktu hendak salat Isya, hampir shj sy tak dpt lg tempat (shaf) salat sewaktu akan melakukan salat isya,,,, (hehe,, sebab sy terlambat pergi k Surau, coz ada hal sikit d rmh yg mesti sy tengok2 lbh dahulu jer).
Selepas dr Surau, sy balik k rmh dan mnyempatkan sikit masa tuk tengok2 blog ini,,, tp tak tahu macam mana nak mahu "isi" di dalammnya. Mlm ini pn takde ide sikit pn, jd nak cari2 shj bbrp blog tetangga, yg mgkn bermanfaat utk kita renungi. Bbrp catatan2 puasa itu (hehe, dr blog jiran jer)yg nak posting itu, adalah:

PERTAMA
Elakkan diri daripada segala perbuatan perosak pahala puasa, menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela dan memfitnah. Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dari Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu Junnah (perisai) selama ia tidak dirosakkan dengan dusta dan umpat."

KEDUA
Kurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Kesannya: kegagalan fungsi puasa sebagai pemotong hawa nafsu atau mematahkan syahwat yang berlebihan.

KETIGA
Kurangkan tidur terutama di siang hari. Kebanyakan antara kita mencari-cari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya. Sepatutnya, keletihan dan kesusahan yang harus kita harungi dan kita hayati.

KEEMPAT
Menahan hati daripada memikirkan keinginan-keinginan yang remeh dan urusan-urusan yang tidak baik. Kita juga kerap memikirkan persediaan-persediaan menyambut hari raya yang kadangkala lebih banyak diselaputi kemewahan. Sepatutnya puasa mendorong kita menghindari sikap itu.

KELIMA
Sentiasa memikirkan azab akhirat dan memikirkan seksa neraka. Hendaklah kelaparan dan kehausan itu mengingatkan kita tentang kelaparan ahlul mahsyar pada hari akhirat yang sangat dahsyat.

KEENAM
Mencambahkan rasa berharap kepada keampunan dan kasih sayang Allah Taala. Kita tidak mengetahui, apakah puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Puasa tanpa adab samalah ertinya kita makan tanpa zat dan khasiat.

Semoga bermanfaat. Salam!

Tuesday, August 26, 2008

Aktiviti seMenJak seBulan LepaS

Petang td manakala sy asyik d bilik dg kenkawan RA lainnya sdg membelek-belek bbrp buku referensi dan sesekali tgk2 jek la laptop yg ade d dpn sy, tiba2 shj muncul YM drpd seorg kawan baik, yg duduk d sebuah college d Melaka, salah satu bandar bersejarah d semenanjung, seraya menyapa salam selepas lama tak bersua via chat. Lbh krg sejam jek kita berbual2 dlm bbrp soalan. Hehe,,, kawan baik sy nih, tanya pula pd sy, cam mana sy tak pnh update tu blog ini...satu soalan yg pelik pl nk bagi comment cam mana,,, iya ker?

Ada byk perkara mmg yg semenjak sebulan lepas bgitu byk jadual dan lawatan yg mesti sy ikuti,, walau sikit penat tp seronok sgt la,,,hehe,,cam refreshing jek. It's very nice program,,, Alhamdulillah, selama sbln lepas tu, sy pn ade masa nak tengok cam mana suasana dan keadaan komuniti d kampung orang. Drpd program itu, sy pn boleh melawat, malahan, dijemput tuk membentang kertas kerja di seminar internasional di Ternate, Maluku. Dan destinasi selanjutnya adalah Bandar Jayapura Papua, Indonesia. Nak maklumkan pl bahawa bandar Jayapura ini mrpkn wilayah sempadan paling timur Nusantara jer sebagai kawasan yg mengguna-pakai bahasa Melayu.

Selepas tu, 3 hari stlh balik k KL, sy pn langsung ikut kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM 2008)...wauu, surprise la, sbb sy dan kenkawan berjaya dapat pingat Emas sbg Johan 1 (juara 1) dlm kejohanan tenis d SUKEM 2008 ini. Takde masa yg selesa sgt jek, sbb sehari stlh SUKEM nk mesti pegi lg ke Bangkok, Thailand untuk memenuhi jemputan drpd sebuah International Conference atas anjuran ASEAN kerjasama dgn Chulalongkorn University, yg berlangsung pada 4-5hb Ogos 2008, sebuah university paling tersohor di negera jiran tersebut.

Balik k KL 6hb, rehat 2 hari shj, sbb lepas itu, pada 9hb nk ikut Kejohanan Sukan HUT RI ke-63 di Stadium Indoor Tun Abdul Razak, Jalan Duta, Bukit Jalil Kuala Lumpur atas anjuran KBRI Malaysia. Seronok la, sbb sy pn dpt bertemu dan berbual-bual scr langsung pl dgn Bapak Dubes Malaysia yg baru, yaitu Bpk Jenderal (Purn) Da'i Bachtiar ketika beliau hadir tuk merasmikan kejohanan ini. Dan, alhamdulilah sy pn dpt juara pl walaupn hny sebagai Johan III.....uhuuuiiii.
Memandangkan bbrp perkara itu, jd tak payah la, bila cam ni mgkn berimpak pl pd "pengisian" blog ini. Tp tak kesahla, malahan sy teringat pl dgn bualan org d kampng bhw "sekali mengudara sebulan menghilang"...hehe... mgkn cam itu la yg berlaku pd blog ini. Wallahu alam.

salam dr HK.